Jumaat, 4 Disember 2009
Aktiviti cuti sekolah
Cuti sekolah telah berlalu lebih seminggu. Saya bercadang menghantar anak saya ke Kem Remaja Muslim anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 12-14 Disember di Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson. Berdasarkan pengalaman lepas, memang berbaloi menghantar anak ke kem anjuran KRIM. Kalau tuan-tuan belum merancang pengisian anak-anak, cuba yang ini. Boleh juga anak-anak kita berkenalan di sana nanti... Wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan